Monday, September 13, 2010

hello..hello..

..fuh...fuh..fuh..
[proses membuang habuk-lap,cuci and sebagainya..hehehe-ili SENGET!!!]
wargh..feel sad to my 'dear' habis berhabuk ko!!!
k..next time if i've free time 
i'll update you 'dear'
mmuaxxxxxx
[hahahaha]

giler lama x blog-ing!!!
lama la..since broadband kena pancung
akibat tak bayar HUTANG
hehehehe

now..time updating about my life
[updating + ber'dating'---whatever..lalalala]
life as a _ _ _ _ _ it's quite adventure and sometimes rasa cam nak quit jek dari profession nie
but you have to be S.A.B.A.R
why?? the question cam nampak remeh jek tapi sebenarnya meaning dia giler dalam
everyday korang kena facing _ _ puya mood yang ala-ala macam mood disorder jek ili rasa.
if mood baik..wargh selamatlah korang!!! kalo x..alamatnyer
a biggest 'SMILE' i gave to you...hahaha
[P/s:phm2 jek r maknanyer 2]
bukan niat nak wat ketupat dekat dalam blog nie tapi reality
 [sedapnyer mkn ketupat...nyummmy!!!]

since i already work..rasa hidup nie macam lebih byk kat surrounding tempat keje
sometimes rasa cam nk wat umah kedua tempat keje 2
hahaha
[maukah KAMUUUUUUUUUUUUUU!!!!]

k..actually nk membebel banyak2 tapi have to go!!!
k chioiwz...

salam sayang
hang li li'89

Saturday, August 7, 2010

Sanggul

hari nie keboringan tahap nak menjelma jadi raksasa kembali
hahaha
dan akhirnya aq pergi menjelmakan diri jadi ular sawa
huhuhu

nie email dari rakan lama, yang lama x dgor cerita darinya. 
berkongsi peringatan dan sedikit ilmu
marilah sama-sama kita bermuhasabah diri apakah kita tergolong dari golongan ini.


Assalamualaikum

Kepada yang berkenaan..pertama sekali ingin ditekankan dan diperingatkan. Pada zaman-zaman sekarang ini, kita semua telah tersedar bahawa ramai dikalangan akhwat-akhwat atau dengan mudah dikenali sebagai wanita-wanita disekeliling kita ini telah membawa diri mereka kearah kebaikan yakni sudah mula bertudung. Dengan adanya rekaan-rekaan tudung mudah sekarang ini, maka makin ramai yang memulakan kehidupan baru mereka dengan baiknya. Syukur alhamdulillah...

Tapi..adakah kamu semua sedar dan mendalami erti kata sebenar dalam menutup aurat? Sudah pasti ada yang berkata "ya", tapi pada asalnya ia hanya memandang teorinya sahaja, malah tidak memandang dari segi praktikalnya.

Sabda Rasulullah s.aw:
"akan muncul diakhir umatku, wanita-wanita yang berpakaian namun pada hakikatnya bertelanjang. Diatas kepala mereka terdapat sesuatu(mirip)punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak juga akan mencium aroma syurga. Padahal aroma syurga itu dapat dicium dari jarak sekian dan sekian"
                                                                                                                                  Hadis Riwayat Muslim

Fahamkah kamu semua berkenaan dengan ayat "PUNUK UNTA" dan "BONGGOL UNTA " dalam hadis diatas? Jika ada dikalangan wanita-wanita diluar sana menyatakan "faham".. kenapa gambar-gambar yang tertera diatas ini meski ada yang berlaku mahupun terjadi?? Kamu semua sendiri boleh fikirkannya..

Berfesyen itu tidak salah...tapi dalam islam ada batas-batasannya..bukan berfesyen secara sesuka hati..

Bagi anda yang memikirkannya...
kongsilah ilmu ini dengan rakan2 diluar sana...

~INDAHKAN ISLAM ITU DENGAN SEBENAR-BENARNYA~


Tuesday, July 27, 2010

BAB I - AKU,DIA DAN KAMU

"Assalamualaikum....." ujarnya separuh berbisik.

Tombol dipulas dengan penuh berhati-hati.....

Lafaz basmallah diucapkan di dalam hati. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke kediaman baru miliknya. Aku terpempam seketika. Beberapa pasang mata yang memandang kearahku buat seketika. Beberapa saat selepas itu, aku tersedar dan dengan lantas menarik luggage menuju ke bilik kosong. Kelihatan hanya terdapat satu sahaja bilik yang belum mempunyai penghuni dan lantas meletakkan luggage di situ sebagai penanda bahawa bilik itu sudah dihuni. 

Setelah segala barang milikku sudah dipindah dari kereta ke dalam bilik yang bakal dihuni selama 3 tahun, kini tiba pula masa untuk berpisah dengan keluarga. Tangan kedua-dua ibu bapanya disalam dan memohon segala restu. Pelukan erat dari mamaku serta kucupannya yang mesra, terasa diriku akan ditinggalkan buat selama-lamanya. Aku sekadar membatukan diri dan hanya senyuman terukir diwajah sewaktu perpisahan berlaku.

Sampai sahaja di asrama, sekali lagi drama air mata membuat ulang tayang entah kali ke berapa belas kali di matanya sepanjang menuju ke asrama. Drama air mata kali ini, membabitkan teman-teman serumah yang tidak sempat dikenali. Aku hanya memandang dengan senyuman lantas menuju ke bilik. Otakku memberi arahan "PRIVASI".

Setelah penat berhempas pulas mengemas segala peralatan dan perkakasan miliknya, kini masa untuk sesi suai kenal antara dia dan teman-teman serumahnya yang belum 24 jam menjadi ahli di kediaman tersebut.
Selesai sahaja sesi suai kenal yang hanya memakan masa tidak sampai 30 minit, aku dan rakan-rakan yang lain bersiap untuk sesi taklimat orientasi.

"Bersedialah kena panggang dengan inche sunshine yang memancarkan sinarnya" sinis sungguh ayat yang bermain dibenakku.

Hampir seminggu dia dan rakan-rakannya berhempas pulas memerah tenaga untuk minggu orientasi. Setiap detik, saat dan waktu menjadi perkiraan benakku, menunggu saat berakhirnya minggu yang sungguh memenatkan badan dan rasanya seperti tidak cukup tanah dan kaki untuk dijejak. Minggu tersebut terlampau padat dengan segala slot dan LDK(latihan dalam kumpulan) yang telah direncanakan khas buat menyambut kedatangan pelajar baru serta tradisi turun temurun yang harus dilalui oleh pelajar yang berada di institut pengajian tinggi tidak kira awam mahupun swasta.

Kini perkiraan yang ditunggu telahpun tiba. Tamat sudah minggu orientasi yang melibatkan seluruh pelajar samada kos internal mahupun external. Kepenatan jelas terpamer diwajah masing-masing. Setiap inci kaki persegi tanah dikolej telah berjaya diukur oleh setiap pelajar termasuklah diriku dan teman-teman serumah. Menjadi jurukur tanah terhandal rasanya saat itu. Minggu hadapan bermulalah sesi pengajian akademik dan bermulalah juga kehidupanku sebagai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang berada jauh dari hiruk pikuk kebisingan bandar dan kepesatan kemajuan. Pelajar Diploma Kejururawatan itulah yang menjadi major dan penerus kehidupanku pada masa akan datang.

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" Surah Al-Baqarah : 216

Matanya terpaku pada terjemahan dari surah Al-Baqarah. Lantas fikirannya melayang pada sesuatu peristiwa. 

"Astarghfirullah al-azim" sentaknya perlahan sambil beristighfar kerana keterlanjurannya mengingati sesuatu yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan oleh dirinya sebelum tiba di tanah Penawar ini. Harapannya hanya satu, moga kejayaan dan impian kedua-dua orang tuanya berjaya disempurnakan. Dia juga sangat berharap agar nama tempat ini menjadi realiti sejajar dengan namanya Bandar Penawar, dan beroleh secebis penawar untuk hati dan dirinya.



“ Haila...abes ukur tanah kat kolej, kena ukur tanah kat Balau. Ingat keje kita asyik nak jadi jurukur tanah tak berdaftar je ke??!!! ” Ujar Sha mengomel sambil memandang iklan di papan kenyataan.

“ Minggu Orientasi DNUR.W-A-J-I-B ke atas pelajar semester 1 bayaran RM5 ” Sepatah-patah Wawa membaca ibarat kanak-kanak tadika lagaknya.

Hari yang bukan ditunggu telahpun tiba. Hari orientasi pelajar semester satu Diploma Kejururawatan bersama senior batch kedua telah diadakan di Tanjung Balau. Banyak aktiviti dijalankan sepanjang aktiviti itu berlangsung antaranya membina sand castle, permainan rakyat seperti menarik upih, mengisi air laut didalam botol, bola tampar dan sebagainya. Aktiviti sungguh meriah walaupun terpaksa merelakan diri terbakar oleh inche matahari yang terik memancar amarahnya. Tepat pukul 6 petang, aktiviti tamat. Kepenatan sekali lagi terpamer diwajah masing-masing. Habis mengukur setiap inci kaki persegi tanah dikolej dan juga pasir pantai di Tanjung Balau maka lengkaplah kehidupan aku dan rakan-rakan yang lain sebagai permastautin yang diberi mandat selama 3 tahun berada disana untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi swasta.

Tiga tahun pengajian sebagai diploma holder terasa lama jika dikira menggunakan jari kaki dan tangan dan bertambah penat rasanya mengira jika menggunakan sistem pengiraan semasa permulaan tadika. Tetapi takdir telah menentukan diriku dan rakan-rakan sebagai permastautin untuk berjuang di Bandar Penawar ini untuk memperolehi kejayaan. Kini hampir tiga bulan, aku berada di pekan ini. Terlampau banyak subject yang baru terutamanya bagi diriku yang tidak mengambil science stream sewaktu sekolah dan bonus untuk mereka yang mengambil science stream sewaktu zaman persekolahan. Jargon-jargon medical yang tidak pernah didengar, membuatkan ramai yang terbelit lidah untuk menyebut dan muka menjadi kelam sewaktu pertama kali mendengar, termasuklah aku. Waktu itu, terasa segala pengetahuan sains am yang hampir 2 tahun aku tinggalkan berguna. Pelbagai sistem dalam tubuh manusia dan fungsinya perlu diketahui. Buku-buku yang sejengkal ketebalannya, membuatkan rasa patah pinggang apabila mengangkutnya. Di tambah pula, dengan segala bagai aktiviti diriku yang sungguh padat, apabila tiba di hujung minggu. Kadang-kadang terasa macam tidak cukup tanah bila berjalan dan bila sahaja hujung minggu tiba, sesi latihan menunggang kuda pula memenuhi jadualku.
"Alohai....rasanya macam nak belah jek separuh badan. Separuh tinggal kat Skudai and separuh lagi kat sini " ujarku sambil menggeliatkan tubuh.

4 September 2007

Tarikh yang melengkapkan kehidupan aku dan rakan-rakan bergelar pelajar jururawat, iaitu clinical posting. Berdebar segala jantung dan adakalanya seperti nak terkeluar dari anatominya. "Tachycardia" benakku mengimbas sesuatu sewaktu sesi pembelajaran di kuliah. Kini, aku benar-benar mengalami gejala itu kerana nervous. Itu merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke hospital sebagai pelatih jururawat. Setelah tamat sesi orientasi di hospital, kami dibenarkan masuk ke wad masing-masing. Sekali lagi kami diberi orientasi mengenai general wad yang kami ditugaskan.

Kini hampir seminggu, aku ditempatkan di clinical posting dan berkat doa mamaku, aku berjaya membawa diriku dalam bidang ini. Allah Maha Agung, aku tidak tahu kenapa hatiku begitu tertambat untuk menelusuri bidang ini, walhal pada mulanya aku tidak gemar akan bidang ini. Pilihan ibu bapa, selalunya adalah yang terbaik buat anak-anak mereka. 

PROLOG - AKU,DIA DAN KAMU

26 June 2010...
"Bismillahirrahmannirahim" ujarnya didalam hati. Moga perjalanan ke destinasi yang ingin di tuju itu selamat. Walaupun perjalanan hanya mengambil masa dua jam dari Bandar Penawar ke Johor, namun perjalanan yang hanya bertemankan celoteh Fara Fauzana di radio, namun hatinya cukup berat untuk meninggalkan tempat yang dulunya agak asing bagi dirinya serta sahabat-sahabatnya yang lain..

"Ya Allah, berat sungguh perasaan hatiku ini meninggalkan segala-galanya. Mungkin ini satu percubaan dalam hidup yang perlu aku dan rakan-rakan yang lain tempuh iaitu perpisahan. Ya Allah, jika perpisahan ini adalah jalan yang terbaik untuk kami maka kau jadikanlah perpisahan ini sesuatu yang akan dikenangi dan jadikanlah satu pertemuan yang juga akan dikenangi pada saat yang KAU kehendaki" rintihnya dalam hati.

Pemanduan diteruskan dengan penuh hemat. Sesekali bibirnya terikut-ikut akan rentak lagu yang diperdengarkan di stesen radio. Akhirnya, destinasi yang dituju selamat tiba. 

"Assalamualaikum........"

Pisang Goreng Crunchy

Sebut jek pasal pisang
kita mesti teringat akan seekor mamalia yang gemar akan buah itu
agaknya memang sejak dulu mamalia itu suka sangat dengan pisang
mamalia yang ili sebutkan adalah MONYET


MONYET..haila..monyet..kenapa kau suke makan pisang ekh???
[hahaha....bengong puya soalan+bengong orang yang sedang bertanya soalan]
Hurmmm...tahukah anda banyak yang kita boleh perolehi dari sebiji pisang????


sebiji pisang dapat merawat SEMBELIT ataupun CONSTIPATION
so siape2 yang mempunyai masalah pada sistem penghadaman
makanlah PISANG


dalam pisang mengandungi 'POTTASIUM' yang tinggi bagi membantu mengurangkan HYPERTENSION bagi orang2 yang mempunyai tekanan darah tinggi.


jadi, tidak salah anda jadikan pisang itu sebagai dessert after taking your meal. janganlah nampak orang makan pisang kata dia sedara ngan MONYET  hehehe.


actually tadi just introduction untuk entry kali nie
giler panjang..


entry kali nie ili nk kongsi cara nak wat pisang goreng yang selalu kita makan tu lebih ranggup
x da la ranggup macam bley patah gigi..hikhikhik
actually benda nie nmpk senang n mudah
n budak2 darjah 5 pun bley wat lah beb..
tapi benda nielah yang selalu ili di order oleh mama suruh buat
thanks mama
Bahan-bahannya :


Beberapa biji Pisang
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
air panas
minyak masak


Cara membuatnya :
adun semua sekali bahan2 diatas


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


panaskan minyak 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


celup pisang dalam adunan tadi dan goreng
goreng sehingga kuning keemasan 
toskan
dan hidang bersama-sama air teh
dan makan bersama-sama keluarga sewaktu tengok favourite drama


MUDAH SAHAJA...i already told you...happy pisang goreng
hehehe

Wednesday, July 21, 2010

3 weeks after...

3 weeks after
we meet together
really happy and i'm speechless
Monday and Tuesday
the meaning 2 days we created together
ketawa, usik-usik and everything benda yg dah di buat


dan aq hanya mampu tersenyum jek
sbb dah lepas rindu..huhuhu
tgok muka dieorg
giler happy!!!!


x byk yg berubh
yang berubah hanya perkembangan diri masing2
hehehe
tp kebanyakkan sama jek cm aq
JOBLESS

rindu pada kamu semua!!!!



[friendship forever : abg p, k.daia, k.nad, teha, hakim, za, falah, ili]


Friday, July 16, 2010

Praise To ALLAH =)

alhamdulillah...
Ku panjat kesyukuran keatas-MU. YA TUHANKU!!
Engkaulah pemilik alam ini.
Pengatur Segala Kehidupan Manusia Di Muka Bumi Ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

result l.j.m come out
and
finally i'm passing my board exam.
syukur...ALHAMDULILLAH

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

now, bermulalah langkah ku as a SN ILI SYAQILAH or SN ILI
berkhidmat untuk masyarakat dan negara
salah satu jihad!!!
finally..this is my faith and i will not menyesal dengan already that i've choose
might be, this way will be the best way that i choosen
[actually..NOT me but thanks for MR. MOHD ADENAN N MRS. NORHAYANI]

thanks a lot my both beloved parents,
i really never think BEFORE that carrier as a NURSES is MULIA
thought, it will be a nightmare experience
because will face a lot of benda2 yang agak2 boleh freeze neuron
hahaha
especially when meet the beloved cardiovascular lovey dovey~~~
[huh~~~~]

but in fact..secara x sengaja
'they' grow up ME
to become IRON LADY------hahahaha
[resistant with tearing+heartless++++++..should be resistant pada blood, puss, n others]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

jantung dup dup dup
x best bunyinya..murmur sound agaknya
[ko nak ke?? huish x mo!!!]

aduhai...jantung..bley x ko stop pumping
[huhuhu..mau matikah anda??? lom lg x byk lg keje pahala aq wat]

hahaha..ghupenya parasymphathetic and symphathetic was action
[huihuihui betul ke??? A&P dapat ape----Plng ckit B+ but syukran =)]

alohai.....nk poyos jap
"mendung sungguh langit diatas , seolah-olah tawu ape yang bakal berlaku"
jeng jeng jeng[this shop has closed since aq pun x taw] salah tekaan aq.
"langit 2 mendung sbb dia mmg nk hujan. mana ada kena mengena ngan jantung aq yg berdegup detap nie mak cik"

terusan omelan anda cik ILI SYAQILAH
[haloooo...i'm not old yet---baru 21 beb]

"wargh.....dh lah masak termasin. huhuhu kena chop nk kahwin dah ngan MAMA----OOH YE KE mama, is it true bile ank dara masak termasin tandanya nak KAHWIN??? HAHAHA..GATAL yerk ko ILI SYAQILAH"

"warghhhhhhhhhhh.....cuak RESULT L.J.M DAH KELUAR"
hbs sgl pinggan mangkuk ketepang ketepung dek keganasan aq yg sememangnya ganas. keje terus dibuat dengan hati yang cuak++++++

"MAMA..result keluar"
"KILA TAK TEPON KOLEJ??"
"huish...............x mo takut"
"MEH SINI MAMA TEPON KAN??? BAGI NO.NYER???"

sudah jadi kebiasaan aq yg MAMAlah akan tgk result exam aq dlu
bru aq.
entah....aq ok jek. lg bgus MAMA taw dulu.

"eish.............x nak r MA"
mata aq masip tertacap pada kaca tv yang mempertontonkan aksi aci kejar mengejar TOM and JERRY.
"Meh sini...MAMA TEPON"
"ALAH MAK...KUL 2 .30..DIOERG REHAT"
"ok!!"

kul 2.30 aq yang try call...pergh hampeh!!! sekali salah dial da...
wargh..bengang aq.
[hush..senyap2!! aq taw ko bengang sebab ape ILI]
DAN AKHIRNYA
"salam. A.X nk minx No. TepOn Miss X"
reply
business card sent
"01X-XXXXXXXXXX"

dengan lafaz bismillah aq mendail
[thanks mama..topupkan--hehehehe]
"HELLO...miss X, ni ILI..hehehe miss result dh kuarkan??? hurmm nak taw result. sy pass x miss"
berlakulah conservation antara aq n miss
"TAHNIAH AWAK LULUS!!!!"
"betul ke mISSSS?????"
trima kasih. talian dimatikan.

ketidakpuasan hati melanda
again i dialing college number to recomfirmation and extension terus ke academic department.
naaaaaaaaaaa..............
ini bru aq suke
akhirnya org academic angkat
PN. X..
"tahniah..awk lulus"
akhirnya menangis aq dwatnyer.
aq peluk MAMA..DAN RASA bersyukur sangat2
teramat rasa bersyukur
akhirnya segala cabaran yang aq pikul
aq buktikan
dengan effort aq sendiri.
dan aq x sangka
aq akan melangkah ke alam keje.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

thumb's up to ILI SYAQILAH!!!! you did very well..i'm so proud with you ILI. Beginning your journey in medical lounge...

catch for what do you want and don't ever forget your cheesy dreaming!!!