26 June 2010...
"Bismillahirrahmannirahim" ujarnya didalam hati. Moga perjalanan ke destinasi yang ingin di tuju itu selamat. Walaupun perjalanan hanya mengambil masa dua jam dari Bandar Penawar ke Johor, namun perjalanan yang hanya bertemankan celoteh Fara Fauzana di radio, namun hatinya cukup berat untuk meninggalkan tempat yang dulunya agak asing bagi dirinya serta sahabat-sahabatnya yang lain..
"Ya Allah, berat sungguh perasaan hatiku ini meninggalkan segala-galanya. Mungkin ini satu percubaan dalam hidup yang perlu aku dan rakan-rakan yang lain tempuh iaitu perpisahan. Ya Allah, jika perpisahan ini adalah jalan yang terbaik untuk kami maka kau jadikanlah perpisahan ini sesuatu yang akan dikenangi dan jadikanlah satu pertemuan yang juga akan dikenangi pada saat yang KAU kehendaki" rintihnya dalam hati.
Pemanduan diteruskan dengan penuh hemat. Sesekali bibirnya terikut-ikut akan rentak lagu yang diperdengarkan di stesen radio. Akhirnya, destinasi yang dituju selamat tiba.
"Assalamualaikum........"




No comments:
Post a Comment