"Assalamualaikum....." ujarnya separuh berbisik.
Tombol dipulas dengan penuh berhati-hati.....
Lafaz basmallah diucapkan di dalam hati. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke kediaman baru miliknya. Aku terpempam seketika. Beberapa pasang mata yang memandang kearahku buat seketika. Beberapa saat selepas itu, aku tersedar dan dengan lantas menarik luggage menuju ke bilik kosong. Kelihatan hanya terdapat satu sahaja bilik yang belum mempunyai penghuni dan lantas meletakkan luggage di situ sebagai penanda bahawa bilik itu sudah dihuni.
Setelah segala barang milikku sudah dipindah dari kereta ke dalam bilik yang bakal dihuni selama 3 tahun, kini tiba pula masa untuk berpisah dengan keluarga. Tangan kedua-dua ibu bapanya disalam dan memohon segala restu. Pelukan erat dari mamaku serta kucupannya yang mesra, terasa diriku akan ditinggalkan buat selama-lamanya. Aku sekadar membatukan diri dan hanya senyuman terukir diwajah sewaktu perpisahan berlaku.
Sampai sahaja di asrama, sekali lagi drama air mata membuat ulang tayang entah kali ke berapa belas kali di matanya sepanjang menuju ke asrama. Drama air mata kali ini, membabitkan teman-teman serumah yang tidak sempat dikenali. Aku hanya memandang dengan senyuman lantas menuju ke bilik. Otakku memberi arahan "PRIVASI".
Setelah penat berhempas pulas mengemas segala peralatan dan perkakasan miliknya, kini masa untuk sesi suai kenal antara dia dan teman-teman serumahnya yang belum 24 jam menjadi ahli di kediaman tersebut.
Selesai sahaja sesi suai kenal yang hanya memakan masa tidak sampai 30 minit, aku dan rakan-rakan yang lain bersiap untuk sesi taklimat orientasi.
"Bersedialah kena panggang dengan inche sunshine yang memancarkan sinarnya" sinis sungguh ayat yang bermain dibenakku.
Hampir seminggu dia dan rakan-rakannya berhempas pulas memerah tenaga untuk minggu orientasi. Setiap detik, saat dan waktu menjadi perkiraan benakku, menunggu saat berakhirnya minggu yang sungguh memenatkan badan dan rasanya seperti tidak cukup tanah dan kaki untuk dijejak. Minggu tersebut terlampau padat dengan segala slot dan LDK(latihan dalam kumpulan) yang telah direncanakan khas buat menyambut kedatangan pelajar baru serta tradisi turun temurun yang harus dilalui oleh pelajar yang berada di institut pengajian tinggi tidak kira awam mahupun swasta.
Kini perkiraan yang ditunggu telahpun tiba. Tamat sudah minggu orientasi yang melibatkan seluruh pelajar samada kos internal mahupun external. Kepenatan jelas terpamer diwajah masing-masing. Setiap inci kaki persegi tanah dikolej telah berjaya diukur oleh setiap pelajar termasuklah diriku dan teman-teman serumah. Menjadi jurukur tanah terhandal rasanya saat itu. Minggu hadapan bermulalah sesi pengajian akademik dan bermulalah juga kehidupanku sebagai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang berada jauh dari hiruk pikuk kebisingan bandar dan kepesatan kemajuan. Pelajar Diploma Kejururawatan itulah yang menjadi major dan penerus kehidupanku pada masa akan datang.
"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" Surah Al-Baqarah : 216
Matanya terpaku pada terjemahan dari surah Al-Baqarah. Lantas fikirannya melayang pada sesuatu peristiwa.
"Astarghfirullah al-azim" sentaknya perlahan sambil beristighfar kerana keterlanjurannya mengingati sesuatu yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan oleh dirinya sebelum tiba di tanah Penawar ini. Harapannya hanya satu, moga kejayaan dan impian kedua-dua orang tuanya berjaya disempurnakan. Dia juga sangat berharap agar nama tempat ini menjadi realiti sejajar dengan namanya Bandar Penawar, dan beroleh secebis penawar untuk hati dan dirinya.
“ Haila...abes ukur tanah kat kolej, kena ukur tanah kat Balau. Ingat keje kita asyik nak jadi jurukur tanah tak berdaftar je ke??!!! ” Ujar Sha mengomel sambil memandang iklan di papan kenyataan.
“ Minggu Orientasi DNUR.W-A-J-I-B ke atas pelajar semester 1 bayaran RM5 ” Sepatah-patah Wawa membaca ibarat kanak-kanak tadika lagaknya.
Hari yang bukan ditunggu telahpun tiba. Hari orientasi pelajar semester satu Diploma Kejururawatan bersama senior batch kedua telah diadakan di Tanjung Balau. Banyak aktiviti dijalankan sepanjang aktiviti itu berlangsung antaranya membina sand castle, permainan rakyat seperti menarik upih, mengisi air laut didalam botol, bola tampar dan sebagainya. Aktiviti sungguh meriah walaupun terpaksa merelakan diri terbakar oleh inche matahari yang terik memancar amarahnya. Tepat pukul 6 petang, aktiviti tamat. Kepenatan sekali lagi terpamer diwajah masing-masing. Habis mengukur setiap inci kaki persegi tanah dikolej dan juga pasir pantai di Tanjung Balau maka lengkaplah kehidupan aku dan rakan-rakan yang lain sebagai permastautin yang diberi mandat selama 3 tahun berada disana untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi swasta.
Tiga tahun pengajian sebagai diploma holder terasa lama jika dikira menggunakan jari kaki dan tangan dan bertambah penat rasanya mengira jika menggunakan sistem pengiraan semasa permulaan tadika. Tetapi takdir telah menentukan diriku dan rakan-rakan sebagai permastautin untuk berjuang di Bandar Penawar ini untuk memperolehi kejayaan. Kini hampir tiga bulan, aku berada di pekan ini. Terlampau banyak subject yang baru terutamanya bagi diriku yang tidak mengambil science stream sewaktu sekolah dan bonus untuk mereka yang mengambil science stream sewaktu zaman persekolahan. Jargon-jargon medical yang tidak pernah didengar, membuatkan ramai yang terbelit lidah untuk menyebut dan muka menjadi kelam sewaktu pertama kali mendengar, termasuklah aku. Waktu itu, terasa segala pengetahuan sains am yang hampir 2 tahun aku tinggalkan berguna. Pelbagai sistem dalam tubuh manusia dan fungsinya perlu diketahui. Buku-buku yang sejengkal ketebalannya, membuatkan rasa patah pinggang apabila mengangkutnya. Di tambah pula, dengan segala bagai aktiviti diriku yang sungguh padat, apabila tiba di hujung minggu. Kadang-kadang terasa macam tidak cukup tanah bila berjalan dan bila sahaja hujung minggu tiba, sesi latihan menunggang kuda pula memenuhi jadualku.
"Alohai....rasanya macam nak belah jek separuh badan. Separuh tinggal kat Skudai and separuh lagi kat sini " ujarku sambil menggeliatkan tubuh.
4 September 2007
Tarikh yang melengkapkan kehidupan aku dan rakan-rakan bergelar pelajar jururawat, iaitu clinical posting. Berdebar segala jantung dan adakalanya seperti nak terkeluar dari anatominya. "Tachycardia" benakku mengimbas sesuatu sewaktu sesi pembelajaran di kuliah. Kini, aku benar-benar mengalami gejala itu kerana nervous. Itu merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke hospital sebagai pelatih jururawat. Setelah tamat sesi orientasi di hospital, kami dibenarkan masuk ke wad masing-masing. Sekali lagi kami diberi orientasi mengenai general wad yang kami ditugaskan.
Kini hampir seminggu, aku ditempatkan di clinical posting dan berkat doa mamaku, aku berjaya membawa diriku dalam bidang ini. Allah Maha Agung, aku tidak tahu kenapa hatiku begitu tertambat untuk menelusuri bidang ini, walhal pada mulanya aku tidak gemar akan bidang ini. Pilihan ibu bapa, selalunya adalah yang terbaik buat anak-anak mereka.




No comments:
Post a Comment