hari nie keboringan tahap nak menjelma jadi raksasa kembali
hahaha
dan akhirnya aq pergi menjelmakan diri jadi ular sawa
huhuhu
nie email dari rakan lama, yang lama x dgor cerita darinya.
berkongsi peringatan dan sedikit ilmu
marilah sama-sama kita bermuhasabah diri apakah kita tergolong dari golongan ini.
Assalamualaikum
Kepada yang berkenaan..pertama sekali ingin ditekankan dan diperingatkan. Pada zaman-zaman sekarang ini, kita semua telah tersedar bahawa ramai dikalangan akhwat-akhwat atau dengan mudah dikenali sebagai wanita-wanita disekeliling kita ini telah membawa diri mereka kearah kebaikan yakni sudah mula bertudung. Dengan adanya rekaan-rekaan tudung mudah sekarang ini, maka makin ramai yang memulakan kehidupan baru mereka dengan baiknya. Syukur alhamdulillah...
Tapi..adakah kamu semua sedar dan mendalami erti kata sebenar dalam menutup aurat? Sudah pasti ada yang berkata "ya", tapi pada asalnya ia hanya memandang teorinya sahaja, malah tidak memandang dari segi praktikalnya.
Sabda Rasulullah s.aw:
"akan muncul diakhir umatku, wanita-wanita yang berpakaian namun pada hakikatnya bertelanjang. Diatas kepala mereka terdapat sesuatu(mirip)punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak juga akan mencium aroma syurga. Padahal aroma syurga itu dapat dicium dari jarak sekian dan sekian"
Hadis Riwayat Muslim
Fahamkah kamu semua berkenaan dengan ayat "PUNUK UNTA" dan "BONGGOL UNTA " dalam hadis diatas? Jika ada dikalangan wanita-wanita diluar sana menyatakan "faham".. kenapa gambar-gambar yang tertera diatas ini meski ada yang berlaku mahupun terjadi?? Kamu semua sendiri boleh fikirkannya..
Berfesyen itu tidak salah...tapi dalam islam ada batas-batasannya..bukan berfesyen secara sesuka hati..
Bagi anda yang memikirkannya...
kongsilah ilmu ini dengan rakan2 diluar sana...
~INDAHKAN ISLAM ITU DENGAN SEBENAR-BENARNYA~





No comments:
Post a Comment