Monday, November 29, 2010

kemerepekan kejelasan!!!

.............The next paper will be held on 10am.......

Bismillahirrahmannirrahim...

tangan dan otak memulakan tugas mengoperasi ayat2 yang panjang untuk jawab soalan paper writing...huahuahua dah lama seh x menAYAT n memBODEK examinner!!!
x pe..hentam jek aq tulis ape yg terkeluar from my freeze head..ahakz!!!
almost 20 minute...jawab soalan 1
huhuhu
giler bBBBUhsan x taw nak menAYAT ape lagi
then i turn to question 2
that is.....
[tercengaaaaaaaaang aq tengok question 2 paper writing!!!]

auwwwwwwwwwwwww.....muka aq almost nak berasap sebab giler panas
mampuih...pergh mereng punya SOALAN
aduih...camne la org penggubal soalan 2 bley terfikir nak buat soalan kejadah 2
wallleeeeeeeeehhhh....credit to people those get a lot of idea
and seriously i'm desperately don't have an idea to threw up onto the paper

mama and ayah....should both of you arrange my further life for the better????
T___________T
gagaga.....annoying answer has made: YOU should!!!
why?why?why?
giving you bright smile
[senyum COLGATE]

and at the end...my opinion was 99.9% support for that question
i really don't know why
hohoho....nightmare story..perhaps???

so, i'm just hoping that my result will pass
good luck ili







Wednesday, November 24, 2010

may ALLAH bless both of you!!!


HAPPY ANNIVERSARY MAMA AND AYAH..may ALLAH bless both of you.
almost 23rd years both of you become my gorgeous and greatest parents.

to AYAH :
thanks a lot for all those thing ayah already sacrifice buat kami 6 beradik. even kami 6 beradik banyak cekadak dan macam2 benda2 pelik yang kami mintak tapi u still support kami. kami sayang ayah

to MAMA :
you are the BEST!!! BEST MOMMA!!! hikhikhik...love u so much..mmuaxxxxxxxxx*_*!!!
mama...even kitaorang nakal dan keras hati tapi mama still layan kitaorg punya kepala yang agak2 senget belaka...even hati mama sakit sebab kitaorang..mama still backup and amek taw pasal kitaorang.
even kitaorang pernah jatuhkan airmata mama, tapi mama still mampu tersenyum bila cite pasal kitaorang kat oang2 yang agak busy body nak taw ape puncanyer. 

Friday, October 29, 2010

heartless???

"tipulah x da BF meh??"
"have you already taken by someone??"
"dik, BF orang mane??"

actually banyak lagi question yang based on perkara-perkara seperti ITU!!!
hurmm.....bile kita fikir2 balik..x salahkan kalo kita still x da lagi atau tidak mempunyai seorang yang istimewa dalam hidup
[ahakz....ayat yang penuh ketatabahasan]
pelik ke kalo somebody x da yang special lg??
kuno sangat ke, kalo x da yang special??
haila.............[action:sambil tergaru2 kepala yang tidak gatal!!!]

actually...dan sebenarnya[husih..cik ILI uit itu maksud sama meh!!!]
huhuhu...myself and I, mmg dah malas nk fikir pasal itu!!! bg aq, kalo ada CINTA, ia akan muncul dengan sendirinya, x perlulah kita mencari-cari CINTA yang x pasti dan finally buat MENGECEWAKAN DIRI SENDIRI jek...bukan aq x sudi untuk mencari..tapi aq masih dalam pencarian mencari CINTA yang didambakan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. sesungguhnya aq sangat pasti bile kita menyerahkan seluruh CINTA kita terhadap ALLAH..DIA(ALLAH) pasti akan menganugerahkan CINTA terhadap kita. bukan maksud disini berserah pada takdir..dan bukan begini dialog yang akan berbunyi

"apelah nasib aq..orang semua asyik bergayut aq nie asyik terconggok tengok diorang gayut"
"dah nasib badan..x da orang yang nak!!! apakan daya..xkan nak wat promotion diri kot kat facebook"
[pergh...giler arkh kalo ada orang sanggup wat camni..hush]

hahaha....bengong giler ayat2 cam 2!! too desperate meh[opsss!!!terlebey sudah]
ili mengaku b4 nie pernah masuk bab2 yang ala2 jiwa karat x ingat
giler puya sakan..last2 end of point or story the relationship was stop at the middle!!!
that was my 1st "CINTA MONYET"
then after that..i really scared too fallen in LOVE again!! and right now i'm really comfortable with my status and my life..why i said like that!!! because the thing that i really hate so much was terminate in my life temporary..yeay!!![peace for me]

bukan ili x sudi..menerima kasih dari seseorang tapi ili percaya yang sememangnya ALLAH memang dah tetapkan dan jadikan seseorang untuk ili
ili yakin dan percaya pada ketentuan ALLAH!! dan hanya masa yang akan menentukannya disamping berdoa terhadap-NYA
right now i'm already entering extremely part in my life..i need to learn about life and manage life properly too become better, not as perfect much!! because i know nobody was perfect since their born.
and please give myself and i chance too become the most perfect lady..i wish so!!

so...DON'T FIND LOVE, LET's LOVE FIND YOU!!!

Wednesday, October 27, 2010

lemah???

am i able to be work independently??
sometimes felt like very STUPID and felt like "Katak Bawah Tempurung" 
oohh....rase cam nak ketuk jek kepala ngan kasut cap KUNG FU!!! 
ngeh2x....but i wont able to do that!! 

haish....my life was running too badly!! why?? i'm saying such a nonsense thing!!!
why? why? why? [psst...RAHASIA] 
myself and i only know that situation T____T

and only i can said to myself
"ILI SYAQILAH...orang yang sabar disayangi ALLAH---[ahakz...the word look very familiar(^_^)], but am i able to stand in that position???"
kadang2 rasa cam nak nanges pun ada..huhuhu

kenapa yeph??? it just a part of norm to be matured and be more open to others[?..am i the person look alike??]

huhuhu....teringat apa yang AYAH cakap
"ambil nie sebagai satu PEMBELAJARAN dan PENGALAMAN, walaupun KILA tak suka!! tapi yang penting ILMU yang KILA dapat tu"
betol ape yang AYAH cakap...NURSING is learning, everyday we learning from each others to become an excellent health-care provider, we are not talking based on logical thinking or just like an emptying tin but we are talking based on fact or research and also use our common sense to provide the best service.

alright..have to go
salam sayang
hang li li'89

Monday, September 13, 2010

hello..hello..

..fuh...fuh..fuh..
[proses membuang habuk-lap,cuci and sebagainya..hehehe-ili SENGET!!!]
wargh..feel sad to my 'dear' habis berhabuk ko!!!
k..next time if i've free time 
i'll update you 'dear'
mmuaxxxxxx
[hahahaha]

giler lama x blog-ing!!!
lama la..since broadband kena pancung
akibat tak bayar HUTANG
hehehehe

now..time updating about my life
[updating + ber'dating'---whatever..lalalala]
life as a _ _ _ _ _ it's quite adventure and sometimes rasa cam nak quit jek dari profession nie
but you have to be S.A.B.A.R
why?? the question cam nampak remeh jek tapi sebenarnya meaning dia giler dalam
everyday korang kena facing _ _ puya mood yang ala-ala macam mood disorder jek ili rasa.
if mood baik..wargh selamatlah korang!!! kalo x..alamatnyer
a biggest 'SMILE' i gave to you...hahaha
[P/s:phm2 jek r maknanyer 2]
bukan niat nak wat ketupat dekat dalam blog nie tapi reality
 [sedapnyer mkn ketupat...nyummmy!!!]

since i already work..rasa hidup nie macam lebih byk kat surrounding tempat keje
sometimes rasa cam nk wat umah kedua tempat keje 2
hahaha
[maukah KAMUUUUUUUUUUUUUU!!!!]

k..actually nk membebel banyak2 tapi have to go!!!
k chioiwz...

salam sayang
hang li li'89

Saturday, August 7, 2010

Sanggul

hari nie keboringan tahap nak menjelma jadi raksasa kembali
hahaha
dan akhirnya aq pergi menjelmakan diri jadi ular sawa
huhuhu

nie email dari rakan lama, yang lama x dgor cerita darinya. 
berkongsi peringatan dan sedikit ilmu
marilah sama-sama kita bermuhasabah diri apakah kita tergolong dari golongan ini.


Assalamualaikum

Kepada yang berkenaan..pertama sekali ingin ditekankan dan diperingatkan. Pada zaman-zaman sekarang ini, kita semua telah tersedar bahawa ramai dikalangan akhwat-akhwat atau dengan mudah dikenali sebagai wanita-wanita disekeliling kita ini telah membawa diri mereka kearah kebaikan yakni sudah mula bertudung. Dengan adanya rekaan-rekaan tudung mudah sekarang ini, maka makin ramai yang memulakan kehidupan baru mereka dengan baiknya. Syukur alhamdulillah...

Tapi..adakah kamu semua sedar dan mendalami erti kata sebenar dalam menutup aurat? Sudah pasti ada yang berkata "ya", tapi pada asalnya ia hanya memandang teorinya sahaja, malah tidak memandang dari segi praktikalnya.

Sabda Rasulullah s.aw:
"akan muncul diakhir umatku, wanita-wanita yang berpakaian namun pada hakikatnya bertelanjang. Diatas kepala mereka terdapat sesuatu(mirip)punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak juga akan mencium aroma syurga. Padahal aroma syurga itu dapat dicium dari jarak sekian dan sekian"
                                                                                                                                  Hadis Riwayat Muslim

Fahamkah kamu semua berkenaan dengan ayat "PUNUK UNTA" dan "BONGGOL UNTA " dalam hadis diatas? Jika ada dikalangan wanita-wanita diluar sana menyatakan "faham".. kenapa gambar-gambar yang tertera diatas ini meski ada yang berlaku mahupun terjadi?? Kamu semua sendiri boleh fikirkannya..

Berfesyen itu tidak salah...tapi dalam islam ada batas-batasannya..bukan berfesyen secara sesuka hati..

Bagi anda yang memikirkannya...
kongsilah ilmu ini dengan rakan2 diluar sana...

~INDAHKAN ISLAM ITU DENGAN SEBENAR-BENARNYA~


Tuesday, July 27, 2010

BAB I - AKU,DIA DAN KAMU

"Assalamualaikum....." ujarnya separuh berbisik.

Tombol dipulas dengan penuh berhati-hati.....

Lafaz basmallah diucapkan di dalam hati. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke kediaman baru miliknya. Aku terpempam seketika. Beberapa pasang mata yang memandang kearahku buat seketika. Beberapa saat selepas itu, aku tersedar dan dengan lantas menarik luggage menuju ke bilik kosong. Kelihatan hanya terdapat satu sahaja bilik yang belum mempunyai penghuni dan lantas meletakkan luggage di situ sebagai penanda bahawa bilik itu sudah dihuni. 

Setelah segala barang milikku sudah dipindah dari kereta ke dalam bilik yang bakal dihuni selama 3 tahun, kini tiba pula masa untuk berpisah dengan keluarga. Tangan kedua-dua ibu bapanya disalam dan memohon segala restu. Pelukan erat dari mamaku serta kucupannya yang mesra, terasa diriku akan ditinggalkan buat selama-lamanya. Aku sekadar membatukan diri dan hanya senyuman terukir diwajah sewaktu perpisahan berlaku.

Sampai sahaja di asrama, sekali lagi drama air mata membuat ulang tayang entah kali ke berapa belas kali di matanya sepanjang menuju ke asrama. Drama air mata kali ini, membabitkan teman-teman serumah yang tidak sempat dikenali. Aku hanya memandang dengan senyuman lantas menuju ke bilik. Otakku memberi arahan "PRIVASI".

Setelah penat berhempas pulas mengemas segala peralatan dan perkakasan miliknya, kini masa untuk sesi suai kenal antara dia dan teman-teman serumahnya yang belum 24 jam menjadi ahli di kediaman tersebut.
Selesai sahaja sesi suai kenal yang hanya memakan masa tidak sampai 30 minit, aku dan rakan-rakan yang lain bersiap untuk sesi taklimat orientasi.

"Bersedialah kena panggang dengan inche sunshine yang memancarkan sinarnya" sinis sungguh ayat yang bermain dibenakku.

Hampir seminggu dia dan rakan-rakannya berhempas pulas memerah tenaga untuk minggu orientasi. Setiap detik, saat dan waktu menjadi perkiraan benakku, menunggu saat berakhirnya minggu yang sungguh memenatkan badan dan rasanya seperti tidak cukup tanah dan kaki untuk dijejak. Minggu tersebut terlampau padat dengan segala slot dan LDK(latihan dalam kumpulan) yang telah direncanakan khas buat menyambut kedatangan pelajar baru serta tradisi turun temurun yang harus dilalui oleh pelajar yang berada di institut pengajian tinggi tidak kira awam mahupun swasta.

Kini perkiraan yang ditunggu telahpun tiba. Tamat sudah minggu orientasi yang melibatkan seluruh pelajar samada kos internal mahupun external. Kepenatan jelas terpamer diwajah masing-masing. Setiap inci kaki persegi tanah dikolej telah berjaya diukur oleh setiap pelajar termasuklah diriku dan teman-teman serumah. Menjadi jurukur tanah terhandal rasanya saat itu. Minggu hadapan bermulalah sesi pengajian akademik dan bermulalah juga kehidupanku sebagai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang berada jauh dari hiruk pikuk kebisingan bandar dan kepesatan kemajuan. Pelajar Diploma Kejururawatan itulah yang menjadi major dan penerus kehidupanku pada masa akan datang.

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" Surah Al-Baqarah : 216

Matanya terpaku pada terjemahan dari surah Al-Baqarah. Lantas fikirannya melayang pada sesuatu peristiwa. 

"Astarghfirullah al-azim" sentaknya perlahan sambil beristighfar kerana keterlanjurannya mengingati sesuatu yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan oleh dirinya sebelum tiba di tanah Penawar ini. Harapannya hanya satu, moga kejayaan dan impian kedua-dua orang tuanya berjaya disempurnakan. Dia juga sangat berharap agar nama tempat ini menjadi realiti sejajar dengan namanya Bandar Penawar, dan beroleh secebis penawar untuk hati dan dirinya.



“ Haila...abes ukur tanah kat kolej, kena ukur tanah kat Balau. Ingat keje kita asyik nak jadi jurukur tanah tak berdaftar je ke??!!! ” Ujar Sha mengomel sambil memandang iklan di papan kenyataan.

“ Minggu Orientasi DNUR.W-A-J-I-B ke atas pelajar semester 1 bayaran RM5 ” Sepatah-patah Wawa membaca ibarat kanak-kanak tadika lagaknya.

Hari yang bukan ditunggu telahpun tiba. Hari orientasi pelajar semester satu Diploma Kejururawatan bersama senior batch kedua telah diadakan di Tanjung Balau. Banyak aktiviti dijalankan sepanjang aktiviti itu berlangsung antaranya membina sand castle, permainan rakyat seperti menarik upih, mengisi air laut didalam botol, bola tampar dan sebagainya. Aktiviti sungguh meriah walaupun terpaksa merelakan diri terbakar oleh inche matahari yang terik memancar amarahnya. Tepat pukul 6 petang, aktiviti tamat. Kepenatan sekali lagi terpamer diwajah masing-masing. Habis mengukur setiap inci kaki persegi tanah dikolej dan juga pasir pantai di Tanjung Balau maka lengkaplah kehidupan aku dan rakan-rakan yang lain sebagai permastautin yang diberi mandat selama 3 tahun berada disana untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi swasta.

Tiga tahun pengajian sebagai diploma holder terasa lama jika dikira menggunakan jari kaki dan tangan dan bertambah penat rasanya mengira jika menggunakan sistem pengiraan semasa permulaan tadika. Tetapi takdir telah menentukan diriku dan rakan-rakan sebagai permastautin untuk berjuang di Bandar Penawar ini untuk memperolehi kejayaan. Kini hampir tiga bulan, aku berada di pekan ini. Terlampau banyak subject yang baru terutamanya bagi diriku yang tidak mengambil science stream sewaktu sekolah dan bonus untuk mereka yang mengambil science stream sewaktu zaman persekolahan. Jargon-jargon medical yang tidak pernah didengar, membuatkan ramai yang terbelit lidah untuk menyebut dan muka menjadi kelam sewaktu pertama kali mendengar, termasuklah aku. Waktu itu, terasa segala pengetahuan sains am yang hampir 2 tahun aku tinggalkan berguna. Pelbagai sistem dalam tubuh manusia dan fungsinya perlu diketahui. Buku-buku yang sejengkal ketebalannya, membuatkan rasa patah pinggang apabila mengangkutnya. Di tambah pula, dengan segala bagai aktiviti diriku yang sungguh padat, apabila tiba di hujung minggu. Kadang-kadang terasa macam tidak cukup tanah bila berjalan dan bila sahaja hujung minggu tiba, sesi latihan menunggang kuda pula memenuhi jadualku.
"Alohai....rasanya macam nak belah jek separuh badan. Separuh tinggal kat Skudai and separuh lagi kat sini " ujarku sambil menggeliatkan tubuh.

4 September 2007

Tarikh yang melengkapkan kehidupan aku dan rakan-rakan bergelar pelajar jururawat, iaitu clinical posting. Berdebar segala jantung dan adakalanya seperti nak terkeluar dari anatominya. "Tachycardia" benakku mengimbas sesuatu sewaktu sesi pembelajaran di kuliah. Kini, aku benar-benar mengalami gejala itu kerana nervous. Itu merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke hospital sebagai pelatih jururawat. Setelah tamat sesi orientasi di hospital, kami dibenarkan masuk ke wad masing-masing. Sekali lagi kami diberi orientasi mengenai general wad yang kami ditugaskan.

Kini hampir seminggu, aku ditempatkan di clinical posting dan berkat doa mamaku, aku berjaya membawa diriku dalam bidang ini. Allah Maha Agung, aku tidak tahu kenapa hatiku begitu tertambat untuk menelusuri bidang ini, walhal pada mulanya aku tidak gemar akan bidang ini. Pilihan ibu bapa, selalunya adalah yang terbaik buat anak-anak mereka.