Sunday, December 5, 2010

Buat Hati Yang Ketandusan CINTA


Sabarlah Duhai Hati...

Tak perlu kau tagih CINTA manusiawi yang bersifat sementara

Ada CINTA yang lebih kekal abadi buat dirimu

Ada CINTA yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui

Ada CINTA yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan

Ada CINTA yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk

Ada CINTA yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan

Namun ,  kadang-kadang CINTAmu pasti di uji

Sekuat manakah CINTAmu padaNYA, sehebat manakah kasih kamu padaNYA

Datang ujian dalam pelbagai cara , hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA , maka berGEMBIRAlah

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu , maka sedarlah bahawa nilai CINTAmu disisiNYA masih lemah

Kembalilah pada CINTANYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya

Sudah menjadi sunnahNYA , setiap yang bergelar mukmim pasti akan di uji

Dari ujian itulah , DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu??

Namun, tidak ramai yang mahu mencari CINTA yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini

Maka Sabarlah Duhai Hati...

Apabila kau rasakan manisnya CINTA dari sang pencipta

Maka tak perlu lagi kau kejar CINTA manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam , maka itulah sebenar-benarnya keCINTAan yang sejati

Dan  dalam perjalanan menelusuri denai CINTA terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri

Akan didatangkan seorang yang turut sama menCINTAiNYA sebagaimana dirimu juga

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang satu

Maka Sabarlah Duhai Hati...

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia. Dia akan datang. Itu sudah pasti

Namun datangya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta CINTA itu

Moga datangnya CINTA insani itu , akan menguatkan lagi kecintaamu buat sang pencipta CINTA itu sendiri

Kerana jiwa yang sepi tanpa CINTA dan kasih dariNYA , adalah umpama padang pasir yang kegersangan

[ps:note for me also]


No comments:

Post a Comment