hari berganti hari
saat berganti saat
detik berganti detik
masa telah berlalu meninggalkan kita pergi begitu sahaja
tanpa memberikan sebarang peringatan
kepada kita bergelar INSAN
fitrah INSAN adakalanya alpa dan leka akan keadaan sekeliling
sesekali peringatan serta "perutusan" dari-NYA membangkitkan kita dari alam khayalan
alam khayalan yang melekakan segala-galanya
hanyut dibawa deras dan alur yang tiada tahu penghujungnya
itulah MANUSIA
seminggu telah berlalu
rutin kehidupan berubah
huhuhu
yang dulu liat dan pemalas untuk pegang kuali didapur
kini sedang berjinak-jinak dengan segala-galanya
aku mengaku,
dulu memang aku agak liat untuk masuk kedapur untuk "MEMASAK"
masuk ke destinasi itu hanya melawat tandas untuk melepaskan hajat yang terbuku
tidak pun hanya perkiraan aku sebagai cukup syarat untuk melihat menu apakah yang terhidang di sebalik tudung saji
hehehehe
tapi kini telah berubah,
entry kali ini aku tulis bukan untuk menunjukkan diri aku yang sudah cukup bagus
tetapi hanya berkongsi pengalaman
dan betullah kata orang-orang tua
"SETINGGI MANA PUN PELAJARAN SI GADIS ITU, KEDAPUR JUGA AKHIRNYA"
PANDAI MEMASAK.
satu komponen yang WAJIB dalam diri setiap INSAN yang bergelar HAWA
untuk melengkapkan lagi sifat kewanitaannya
sifat kewanitaan itu bukan hanya perlu ditunjukkan melalui kesopanannya
malah SKILL MEMASAK mampu menarik dan memikat si JEJAKA untuk menjadi SURI dalam hatinya
dalam arus pembangunan bidang memasak ini,
banyak dipelopori oleh kaum ADAM.
itu sudah aku mengetahui sejak dulu
dan aku tidak sesekali menafikannya
cuma kadang-kadang definisi MEMASAK bagi kaum ADAM dan HAWA
adalah berbeza.
dan
bagi aku sepandai mana pun SKILL lelaki itu MEMASAK dan sangat dikagumi di dapur miliknya
akhirnya dia akan mencari air tangan ISTERI kesayangannya.
[am i right???]
setinggi mana jawatan, setinggi mana pangkat, setinggi mana pendidikan,
MEMASAK adalah satu perkara yang sangat-sangat penting bagi INSAN bergelar HAWA
bayangkan hanya air tangan anda sahaja
anda mampu menawan hati seorang lelaki




No comments:
Post a Comment