..cocktail sedap dimakan after we had our dinner or lunch..
bahan-bahan :
-bahan A-
1 tin 300 g tepung custards blue birds
1 tin susu cair f&n
7 sudu gula pasir
1/2 susu sejat f&n
6 tin air kosong(sukat guna tin blue birds)
-bahan B-
1 tin laici
1 tin longan
1 biji nanas dipotong dadu
1 tin buah-buahan campur
3 tin susu cair f&n
gula secukup manis
1/2 tin susu sejat f&n
-bahan C-
1 packet jelly
1 packet nata de coco
cara membuatnya :
1. masukkan segala - gala bahan A ke dalam mangkuk(sukatan air biar lebih sedikit tapi jgn terlebih takut lembik dan hancur). then kacaunya sehingga sebati dan rata di atas api yang kecil. kacau sehingga tangan anda penat...ekekekeke. setelah bahan A sebati dan rata , tuangkan ke dalam acuan yang telah anda sediakan.
2. setelah itu, masukkan ke dalam freeze dan biarkan sehingga keras.
3. sementara menunggu custards itu keras dalam freeze. anda bolehlah g tido , tak pun anda boleh buat bahan B.
4. untuk membuat bahan B , anda memerlukan periuk yang besar.(x yah besar sangat & kecil sangat..means sederhana sahaja).
5. anda tebuklah tin2 yang ada dan asingkan air dan isi dalam tin itu dalam 2 bekas yang berasingan. kemudian anda kupas nanas , then potong dia jadikan seperti dadu. nanas yang telah didadukan itu , rebus bersama air gula.
6. setelah itu , tenggek periuk kat api yang kecil. masukkan susu cair f&n , air buah yang telah diasingkan , 5 cawan air , gula secukup manis dan susu sejat f&n. masakkan segala bahan tadi dalam 7 minit.
p/s : kuah yang anda masak nie , actually bergantung kepada kehendak anda. jika anda suka banyak kuah , tambah 1 tin lagi susu cair f&n.
7. setelah 7 minit masukkan nanas yang telah direbus tadi bersama air gula ke dalam bahan B tadi. matikan api.
8. setelah itu , masukkan jelly dan nata de coco ke dalam bahan B sebagai hiasan.
p/s : bila custards dah sejuk dan beku , potong sesuka hati anda , hidangkan bersama ais. sejuk dan manisnya pasti terasa sehingga kuah yang terakhir.
.. selamat mencuba(*_*)..




No comments:
Post a Comment